Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
1.Arkitek (Gred J41) Syarat-Syarat Kelayakan: -Ijazah Sarjana Muda Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh kerajaan -Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
2.Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Gred S27) Syarat-Syarat Kelayakan: -Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau -Diploma dalam Pentadbiran Awam atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan -Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
3.Ahli Muzik (Gred B27) (Piano,Pengubah Lagu,Gitar,Accordian,Trumpet,Violin,Keyboard) Syarat-Syarat Kelayakan: -Mempunyai bakat ,kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional. -Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (Gred U29) Syarat-Syarat Kelayakan: -Diploma Kesihatan Persekitan daripada institusi -institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan -Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Permohonan: Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang (MBSA 1) yang boleh dibeli di Kaunter Bayaran Tingkat G dengan harga RM3.00 tunai/naskah. Permohonan hendaklah dihantar kepada: Bahagian Sumber Manusia, Majlis Bandaraya Shah Alam, Tingkat 1,Wisma MBSA, Peti Surat 7200, 40706 Shah Alam, Selangor.
Tarikh Tutup Permohonan: 16 November 2009
P/S : Terima kasih kepada fadzri yusof atas maklumat iklan ini