::  Home •  Senarai Iklan Sektor Kerajaan  •  Senarai Iklan Sektor Swasta  •  Download E-Book   

•  Download Nota Peperiksaan Kerajaan  •  Artikel  •  Achemm@Rakan Blogger  •  Achemm@SMS Iklan 

Masukkan E-Mail anda disini untuk menerima update terkini blog ini:










achemm
Male
Perak
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Klik refresh untuk lihat mesej terbaru

Radio Online

:: POKPET SAMPAI TAK SUDAH� ::.
        POKPETFM.ORG

        Request Song

 

 

blog stats

View My Stats

::  Home

:: Senarai Iklan Sektor Kerajaan  

:: Senarai Iklan Sektor Swasta  

:: Download E-Book 

:: Download Nota Peperiksaan Kerajaan 

:: Artikel 

:: Achemm@Rakan Blogger 

:: Achemm@SMS Iklan 

:: Tutorial Download File www.4shared.com 

Advertising / Iklan 

New Page 1


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Tuesday, November 03, 2009
News@Achemm: Iklan palsu kerja kosong di jabatan penerangan



30 Okt 2009 11:32am

Jabatan Penerangan Sabah menafi mengiklankan jawatan kosong di jabatan itu di saluran tertentu selain Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Jabatan itu mengetahui tentang perkara itu sejak semalam apabila 13 orang datang bertanyakan mengenai temuduga jawatan yang didakwa diadakan semalam dan hari ini.

Pengarahnya, Azizan Din berkata tiga daripadanya mengatakan mereka telah memasukkan wang sejumlah RM500 ke sebuah akaun, lapor Bernama.

Katanya, iklan mengenai lima jawatan kosong di jabatan itu disiarkan di laman web JobsMalaysia.gov.my dengan tawaran gaji RM1,300 sebulan.

Sehubungan itu, katanya, Jabatan Penerangan akan membuat laporan polis mengenai perkara ini hari ini

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini, Azizan memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada jabatan itu sekiranya terdapat iklan tawaran jawatan menggunakan nama pengarah jabatan tersebut.

Katanya beliau kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama jabatan kerajaan berkenaan untuk menipu orang ramai mengenai
kekosongan jawatan, malah turut mensyaratkan yuran pendahuluan bagi menjamin pemohon mendapat pekerjaan tetap di jabatan itu.

"Jabatan Penerangan Sabah tidak pernah mengiklankan kekosongan jawatan di internet atau mana-mana saluran selain melalui SPA. Perkara ini adalah serius kerana turut melibatkan wang.

"Ini menjejaskan nama baik jabatan kerajaan yang bekerja ke arah mendahulukan rakyat. Kita tidak minta duit sebagai syarat menjanjikan kerja," katanya dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini.

Sumber: Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/116250
Posted at 01:44 pm by achemm

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry